Wednesday, August 1, 2012

 Tema 3: 

1.    Bincangkan peranan kewartawanan dan kesusasteraan dalam gerakan
kesedaran Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

Gerakan kesedaran Melayu dikatakan telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi. 
Gerakan kesedaran bermaksud perasaan cinta akan tanah air dan keinginan
membebaskan negara daripada penjajahan British.  Kewartawanan dan kesusasteraan
merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi gerakan kesedaran Melayu.  

Isi

Peranan kewartawanan

Akhbar dan majalah

(a)·Sejak tahun 1906 lagi, golongan berpendidikan agama iaitu Kaum Muda telah
menggunakan akhbar Al-Imam dalam memajukan nasib orang Melayu. 
·Al- Imam menyeru supaya umat Islam beramal dengan amalan yang
diperintah oleh Allah S.W.T. dan Rasulnya pekerjaan dunia dan akhirat. 
·Al-Imam membawa pembaharuan dalam agama Islam, pemikiran politik,
kemajuan ekonomi dan sosial 
·Selain Al-Imam, akhbar-akhbar lain seperti Al-Ikhwan dan Saudara  
·Kaum Tua pula berpegang kuat kepada adat dan agama Islam melalui
penerbitan akhbar mereka iaitu Suara Benar dan Lidah Benar. 
·Mulai 1920an – awal 1930an, akhbar dan majalah lebih menumpukan
kedudukan orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam sistem
ekonomi kolonial British. 
·Antara akhbar yang membangkitkan isu sosioekonomi ialah Majalah Guru 
·Akhir 1930an, akhbar Melayu menumpukan perjuangan secara radikal
terhadap British. 
·Contohnya Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, Warta Malaya. 
·Kesatuan Melayu Muda telah menggunakan Warta Malaya sebagai wadah
perjuangannya dalam memajukan dan melindungi kepentingan orang Melayu
di Tanah Melayu 

Peranan Kesusasteraan

·Golongan Nasiaonalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan
kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk
memperjuangkan nasib orang Melayu.   
·Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan sebagai hiburan tetapi juga
membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.   
·Melalui kesusasteraan, golongan nasionalis berusaha menyedarkan
masyarakat Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan kesedaran
untuk memajukan diri dan bersatu padu. 
·Seawal-awal tahun 1900an, Syed Sheikh al-Hadi dalam novelnya yang
terkenal iaitu Hikayat Faridah Hanom memperjuangkan emansipasi wanita
dan pentingnya wanita Islam diberikan kebebasan dan hak yang sama dengan
kaum lelaki, khasnya dalam bidang pendidikan 
23 
·Selain itu, sebuah lagi novel yang bertemakan konsep di atas ialah karya
Iakah Salmah oleh Ahmad Rashid Talu. 
·Antara tahun-tahun 1920an dan 1930an, sikap yang lebih jelas dan berani
menentang pihak penjajah melalui bidang kesusasteraan terjelma dalam
cerpen Ishak Haji Muhammad seperti Rumah Besar Tiang Sebatang. 
·Novel-novel utama yang menyemarakkan lagi sentimen anti-British ini adalah
seperti Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji
Muhammad. 
·Puisi-puisi yang bertemakan semangat kebangsaan disiarkan dalam akhbar
dan majalah. 
·Contohnya, Tenaga Kaum Ku, Rayuan Bangsa Mu, Mempertahankan hak kita
, Melor Kuala Lumpur dan Perwira Melayu karya Harun Aminurrashid. 

Kesimpulan
·Maka jelaslah kewartawanan dan kesusasteraan memainkan peranan penting
dalam menyedarkan masyarakat Melayu  
·Selepas Pendudukan Jepun, kewartawanan semakin mempengaruhi gerakan
nasionalisme Melayu khasnya isu penubuhan Malayan Union. 
·Bahkan, ia juga membawa kepada kelahiran parti Melayu kebangsaan iaitu
UMNO. 

Saturday, July 21, 2012

Senarai Bekas Pelajar Prauniversiti 2010 / 2011 Yang Ditawarkan IPT

Mari kita terjah ke manakah mereka akan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah.

AIDA RAFITAH BINTI CHE YACCOB
UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

IBRAHIM BIN HAMID
UMK - UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

KU MOHD FIRDAUS BIN KU SUID
UIA - UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

MOHAMMAD FARHAN BIN ABU BAKAR
UITM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MOHD AFIQ BIN MOHD NAJIB
UNISEL - UNIVERSITI SELANGOR

MOHD RIDHA RAMDZI BIN ROSLI
UUM - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MOHD ZULHELMI BIN MUHAMAD
UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

MUHAMMAD ADLI BIN BADRUDIN
UM - UNIVERSITI MALAYA

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM
UITM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MUHAMMAD IZZUDDIN FARID BIN MD ZAIN
UM - UNIVERSITI MALAYA

MUHAMMAD ZAWAWI BIN DAUD
UUM - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

NOR HALEEDA BINTI MOHAMAD SAID
UNIMAS - UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

NOR HASIKIN BINTI BANRONSHAM
UM - UNIVERSITI MALAYA

NURAKMAL AIDA BINTI BADRULZAMAN
UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

HALIZA AZURA BINTI HALIM
UKM – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NOR ATHIKAH BINTI ISMAIL
UKM – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI MD ZAINI
UKM – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NUR EZZATIE BINTI MOHD BASORI
UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

RASHIDA BINTI HASAN
UITM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ZAKIRA IMANA BINTI HARUN
UITM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

NOR FAZILAH BINTI MOHD FAUZI
UNIMAS - UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

NOR ZAHIRAH BINTI ABD HAMID
UPSI - UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS    

p/s : Sebenarnya masih ramai lagi yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT, cuma tidak diletakkan diatas atas sebab tiada maklumat. Senarai ini akan di'update'kan apabila maklumat sampai. Sesiapa yang ingin memberikan maklumat bolehlah emailkan kepada Admin... Terima kasih...