Huraikan struktur pentadbiran ketenteraan dalam tamadun India sebelum Islam


Pengenalan
Penduduk awal tamadun India ialah orang Dravidia. Soalan ketahanan dan pertahanantidaklah begitu penting pada masa itu.-Dengan kemasukan orang-orang Aryan menjelang 1500 S.M. bermulalah oraganisasiketenteraan yang lebih tersusun.IsiStruktur ketenteraan tamadun India-Raja bertindak sebagai ketua angkatan tentera dan dibantu oleh seorang panglima agungyang dikenali sebagai Mahasenapati.-Biasanya panglima agung ini terdiri daripada anggota keluarga diraja. Mereka menerimaarahan langsung daripada raja.-

Di bawah panglima agung, terdapat kapten yang merupakan golongan bangsawanfeudal.-Unit asas tentera India ialah patti atau platun yang mengandungi seekor gajah, sebuahkereta kuda, tiga ekor kuda dan lima anggota tentera Tiga patti akan membentuk satu senamukka atau skuardon. Tiga senamukka membentuk satu gulma. Sebuah pasukan tentera yang lengkap dipanggil aksauhini yang terdiridaripada 21870 patti. Bagaimanapun, pembahagian tersebut tidaklah tetap dan akanberubah mengikut keadaan.-Semasa era pemerintahan kerajaan Maurya, wujud tentera yang besar dan kuat. TenteraChandragupta Maurya meliputi 30 000 kalvari, 60 000 infantri dan 9000 ekor gajah.-

Terdapat juga jawatan lain dalam bidang ketenteraan iaitu doktor, jururawat pemuzik.Mereka akan memberi bantuan kepada tentera yang tercedera dalam peperangan.Merekabukan sahaja beradad di kem-kem tentera tetapi juga bersama-sama medan peperangan.-

Kaum wanita turut terlibat dalam bidang ketenteraan sebagai tukang masak dan pelayandi medan pertempuran.-

Pasukan muzik ditugaskan untuk memberikan amaran atau bersiap sedia turun ke medanpeperangan.-

Secara umumnya tentera India dibahagikan kepada empat bahagian iaitu tenterabergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan infantri. Ini menunjukkan tamadunIndia mempunyai struktir pentadbiran tentera yang teratur dengan pembahagian setiapunit dan tanggungjawab masing-masing.Tentera bergajah adalah jenis tentera yangdiutamakan di India. Gajah-gajah dilatih untuk tujuan peperangan sebagai perisai danperempuh musuh, kota, tembok dan sebagainya.-

Tentera berkuda dikatakan lebih berkesan untuk menyerang kerana dapat bertindak pantas. Pada zaman Gupta, tentera berkuda digunakan untuk tujuan pengangkutan dalampeperangan.-

Terdapat juga kategori lain iaitu tentera laut, pengintip dan pegawai pembekalan tentera

Kesimpulan
Tamadun India sebelum pengaruh Islam jelas menunjukkan terdapat struktur organisasiketenteraan yang tersusun. Beberapa struktur pentadbiran peperangan ini diteruskan olehtamadun Islam yang kemudiannya memerintah India.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM