Thursday, December 15, 2011

TEKNIK MENJAWAB KERTAS SEJARAH 1 STPM


RANGKA JAWAPAN
1.       Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik.
A.      Pengenalan:
-          Pra Sejarah
-          Zaman Neolitik
-          Revolusi
-          Pengukuhan
B.      Isi
-          Wujud pengkhususan kerja
-          Wujudnya organisasi social
-          Aktiviti perdagangan
-          Wujud petempatan kekal
-          Kepercayaan
-          Penghasilan teknologi
-          Sistem pengairan
C.      Kesimpulan


2.       Dengan memberi  contoh-contoh yang sesuai ,huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.
A.      Pengenalan
-          Pengertian Tamadun
-          Latar belakang tamadun awal
-          pengukuhan
B.      Isi
-          Petempatan kekal
-          Kepentingan alam
-          Kemajuan teknologi
-          Penciptaan roda
-          Sistem tulisan
-          Organisasi social
-          Pengkhususan kerja
-          Perbandaran
-          Agama dan kepercayaan
-          Migrasi
-          Geografi
-          Kemajuan ekonomi
C.      Kesimpulan



3.Huraikan pencapaian teknologi dalam peradaban Neolitik dengan member contoh-contoh yang sesuai.

A.      Pengenalan
-          Maksud teknologi
-          Pra sejarah
-          Latar belakang masyarakat Neolitik
-          Pengukuhan
B.      Isi
-          Teknik melebur logamdan gangsa
-          Penciptaan bajak dan cangkul
-          Penciptaan roda
-          Menghasilkan tembikar
-          Membuat pakaian dari benang
-          Menghasilkan barang-barang perhiasan/kraftangan
-          Penguasaan ke atas  iklim
-          Sistem pengairan
-          Penciptaan perahu dan penggunaan layar
C.      Kesimpulan

4.Jelaskan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan tamadun awal
A.   Pengenalan                                                                                                                                                             -             Konsep strategi peperangan
  -            prinsip –prinsip perancangan strategi
-              Latar belakang tamadun awal
-              Pengukuhan
B.  Isi
-              Pengepongan
-              Pertahanan
-              Perisikan
-              Penyerangan
-              Pembinaan Bandar tentera
-              Sempadan alam semulajadi
-              Menjalin perikatan tentera
-              Memusnahkan sumber
C. Kesimpulan
  
5. Jelaskan kesan penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah pada abad ke 15 dan ke 16Masihi.
A. Pengenalan
-              Konsep penjelajahan dan penerokaan
-              Latar belakang tamadun Eropah
-              Tokoh pelayar Eropah
-              Pengukuhan
B. Isi
                -              Memperluaskan tanah jajahan
                -              Perpndahan pusat perdagangan
                -              Asimilasi antara penjajah dengan penduduk tempatan
                -              Perkembangan agama kristian ke luar Eropah
                -              Pengaliran kekayaan ke Eropah
                _             Kelahiran ekonomi kapitalis

c.       Kesimpulan
  
6.            Bincangkan kesan peperangan Salib terhadap dunia Islam dan Barat
A.      Pengenalan
-          Latar belakang perang Salib (bila,di mana,antara siapa dengan siapa,kenapa dinamakan perang Salib,nama tokoh-tokoh terlibat ,dll)
-          Pengukuhan
B.      Isi
-          Dunia Islam
-Penjajahan Eropah ke atas sebahagian dunia Islam
-Asimilasi dengan masyarakat tempatan
- Mempergiatkan lagi kgiatan perdagangan khusus di Syria
-Perpaduan dan penyatuan umat Islam
-lahirnya tokoh Islam
-Perpindahan pusat pemerintahan dari Baghdad ke kahirah
-Peningkatan maruah umat Islam selepas Salahudin mengambi Juruselam.
-          Dunia Barat
-Menyumbang kepada perkembangan Bandar-bandar di Eropah
-Raja diEropah menjadi kuat akibat kemerosotan kedudukan golongan bansawan
-Perkembangan industeri diEropah meningkat ekoran wujud hubungan dengan penduduk Asia Barat.
-Pertambahan aktiviti P&P
-Perubahan teknologi peperangan di Eropah.
-perkembangan intelektual
-pemangkin kepada kelahiran Renaisane.

C.      Kesimpulan
CONTOH JAWAPAN

Alam sekitar mempunyai banyak peranan dan pengaruh dalam pembentukan cara kehidupan masyarakat pra sejarah. Bincangkan.

Pra sejarah menurut Frank Hole dan Robert h.Haizer adalah sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan. Zaman ini tidak ada rekod bertulis dan bukti-bukti kewujudannya diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dijalankan oleh ahli arkeologi. Zaman pra sejarah ini terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman paleolitik ,500,00SM hingga !10 000 SM, Zaman Mesolitik 10 00SM0 hingga 500
0SM dan zaman Neolitik 5000SM sehinggalah kemunculan zaman logam dan tamadun awal.Masyarakat pra sejarah adalah masyarakat yang simple atau hidup cara mudah dan banyak bergantung kepada unsur alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup mereka.

Alam sekitar banyak mempengaruhi pembentukan cara kehidupan masyarakat pra sejarah.Antaranya ialah petempatan dimana pada zaman paleolitik dan mesolitik gua dijadikan tempat tinggal. Gua adalah tempat yang agak selamat dari hujan ,panas serta ancaman binatang buas.

Peralatan yang digunakan oleh masyarakat pra sejarah juga adalah diperbuat dari hasil-hasil alam sekitar.Masyarakat paleolitik mengunakan batu dan tulang untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti harian mereka samaada untuk memburu binatang serta mempertahankan diri. Contohnya kapak tangan yang kasar di zaman paleolitik.Dizaman neolitik rumah-rumah yang dibina menggunakan kayu-kayan dari hutan.               

 Bagitu juga dengan sumber makanan yang diperolehi mereka di dalam hutan seperti buah-buahan serta pucuk-pucuk kayu,umbut serta tumbuhan liar. Mereka memburu binatang untuk makanan. Sungai dan tasik membekalkan sumber protin seperti ikan kepada masyarakat pra sejarah.

Unsur alam seperti matahari ,bulan,banjir,kilat dan petir juga mempengaruhi kehidupan masyarakat pra sejarah. Kilat ,petir dan rebut  akan menimbulkan rasa ketakutan dan mereka mempercayai unsure-unsur ini mempunyai penjaga yang perlu dihormati.Kesannya timbulah unsur –unsur pemujaan dan kepercayaan dalam masyarakat pra sejarah,Keadaan ini melahirkan upacara ritual samada untuk memulakan perburuan,menanam atau kematian.

Kesimpulan, dari apa yang dibincangkan tadi menunjukan bagaiamana wujudnya hubungan yang sangat rapat antara alam sekitar dengan masyarakat pra sejarah. Aktiviti mereka semuanya bergantung kepada apa yang ada disekeliling mereka. Selama ribuan tahun masyarakat pra sejarah telah memanipulasikan sumber alam sekitar bagi kemudahan dan kesenangan hidup mereka.

PANDUAN MEMBUAT PENGENALAN


1.    HURAIKAN PENCAPAIAN TEKNOLOGI DALAM PERADABAN NEOLITIK DENGAN MEMBERI CONTOH-CONTOH YANG SESUAI.

SOALAN MENGENAI TAJUK : Masyarakat Pra Sejarah
KEHENDAK SOALAN: Pencapaian teknologi dalam masyarakat Neolitik

-       Apa dia pra sejarah
-       Latar belakang masyarakat Neolitik
-       Maksud teknologi
-        
2.    BINCANGKAN KEPENTINGAN REVOLUSI PERTANIAN PADA ZAMAN NEOLITIK
SOALAN MENGENAI TAJUK: Masyarakat Pra sejarah
KEHENDAK SOALAN: Kepentingan revolusi pertanian di zaman Neolitik
CADANGAN PENGENALAN
-       Apa dia pra sejarah
-       Latar belakang masyarakat Neolitik
-       Maklumat mengenai revolusi

3.    BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEWUJUDKAN TAMADUN –TAMADUN AWAL SEPERTI MESIR,MESOPOTAMIA,MOHENJO-DARO DAN CHINA.
SOALAN MENGENAI TAJUK: Tamadun Awal
KEHENDAK SOALAN: Faktor yang mewujukan tamadun awal
CADANGAN PENGENALAN
-       Maksud tamadun
-       Latar belakang tamdun Mesir,Mesopotamia, Mohenjo- daro
-       Huraian ringkas mengenai cara hidup masyarakat sebelum kemunculan tamadun.
4.    DENGAN MERUJUK KEPADA SISTEM PEMERINTAHAN EMPAYAR INDIA,CHINA DAN ROM,BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PEMERINTAH UNTUK MENGEKALKAN EMPAYAR TERSEBUT.                              SOALAN MENGENAI TAJUK : Empayar
KEHENDAK SOALAN: Langkah mengukuhkan empayar
CADANGAN PENGENALAN;
-       Maksud Empayar
-       Latar belakang empayar India,Rom dan China

5.    BINCANGKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD s.a.w  DALAM BIDANG KETENTERAAN.
SOALAN MENGENAI TAJUK : Tokoh
KEHENDAK SOALAN : Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam ketenteraan
CADANGAN PENGENALAN;
-       Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan
-       Konsep jihad dalam Islam.
6.    NILAIKAN SUMBANGAN MARCO POLO DAN IBN BATUTAH KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA
SOALAN MENGENAI  TAJUK : Tokoh
KEHENDAK SOALAN: Menilai sumbangan Marco Polo dan Ibn Batutah.
CADANGAN PENGENALAN
-       Latar belakang Marco Polo dan IBN Batutah
-       Pengembaraan Marco Polo dan Ibn Batutah secara ringkas

7.    PEPERANGAN SALIB TELAH BANYAK MENINGGALKAN KESAN POSITIF DAN NEGETIF TERHADAP MASYARAKAT KRISTIAN DI EROPAH DAN MASYARAKAT ISLAM DI ASIA BARAT. BINCANGKAN KESAN-KESAN PEPERANGAN ITU TERHADAP KEDUA-DUA MASYARAKAT TERSEBUT.
SOALAN MENGENAI TAJUK : Peristiwa Perang Salib.
KEHENDAK SOALAN: Kesan peperangan Salib.
CADANGAN PENGENALAN;
-       Latar belakang perang salib ( bila,dimana,antara siapa dengan siapa,kenapa dinamakan perang Salib, nama pemimpin ,dll)

8.    JELASKAN SEBAB DAN KESAN PERANG UHUD KEPADA TENTERA ISLAM DAN MUSYRIKIN MEKAH.
SOALAN MENGENAI TAJUK: Peristiwa Perang Uhud
KEHENDAK SOALAN: Sebab dan kesan perang Uhud
CADANGAN PENGENALAN:
-       Latar belakang perang Uhud
-       Konsep Peperangan dalam Islam
-       Lain-lain yang berkaitan

Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan dalam perkembangan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara


Pendahuluan
· Kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Asia  juga dipengaruhi oleh faktor bahasa sama ada bahasa penjajah mahupun bahasa masyarakat tempatan. Bahasa juga digunakan sebagai alat komunikasi utama dan alat penyatuan untuk penentangan penindasan panjajah Barat.
· Penderitaan dan keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah dapat diungkapkan dalam karya-karya kesusasteraan. Karya-karya ini menjadi alat yang menghubungkan golongan nasionalis dan masyarakat umum melalui bahasa tempatan yang mudah difahami.

Isi
Bahasa
Vietnam
· Dasar penjajah Perancis yang lebih mengalakkan penggunaan tulisan China atau tulisan quoc-ngu (Sistem meromankan tulisan yang dicipta oleh pengembang agama Katolik pada kurun ke-17) membolehkan rakyat Vietnam membaca dan mempelajarinya dengan mudah dan menterjemahkan perkataan-perkatan Barat dan ilmu dari Barat.
· Dengan ini rakyat Vietnam mendapat pengetahuan yang luas tentang ilmu-ilmu Barat dan mewujudkan semangat nasionalisme menentang penjajah. Buktinya, Universiti Hanoi 1908 ditutup oleh Gabenor Jeneral Paul Beau kerana wujudnya penentangan terhadap Perancis daripada pelajar universiti yang berpengetahuan luas dalam bahasa quoc-ngu.

Indonesia
· Bahasa Melayu sebagai lingua franca telah menjadi penggerak utama semangat nasionalisme di Indonesia. Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan penduduk Indonesia telah berjaya merentasi semua halangan geografi, kebudayaan, dan loghat yang berbeza.
· Pihak Belanda telah memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran, berinteraksi antara orang Belanda dengan orang Indonesia. Perluasan penggunaan Bahasa Melayu ini dilakukan kerana Belanda tidak mahu rakyat Indonesia menggunakan Bahasa Belanda kerana dikhuatiri akan menjejaskan pentadbiran Belanda.
· Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas ini telah menyedarkan rakyat Indonesia dan seterusnya mencetuskan gerakan nasionalisme menentang penindasan penjajah Belanda.

Kesusasteraan
Filipina
· Karya Jose Rizal Mercadoy Alonso telah menjadi pencetus kepada gerakan nasionalisme. Novelnya yang pertama Noli Me Tangere (Touch Me Not @ Social Cancer) pada tahun 1887, telah mendedahkan penderitaan rakyat Filipina di bawah pemerintahan Sepanyol dan kumpulan paderi yang mengamalkan rasuah.
· Novel keduanya El Filibusterismo diterbitkan pada tahun 1891, telah mendedahkan kejahatan kerajaan Sepanyol dan mengkritik golongan agam. Hasil penulisan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme dan pemberontakan Katipunan oleh Andres Bonifacio pada tahun 1896.
El Filibusterismo juga telah mengkritik golongan paderi Sepanyol dan meluahkan perasaannya mengenai keluarganya dan keluarga lain di Calambar yang telah diusir keluar dari rumah mereka dan rumah itu dirobohkan.





Indonesia
· Hasil karya Semaun iaitu Hikayat Kadirun, yang mengungkap kekecewaan bangsa Indonesia yang tidak terbela, masih dibelenggu dengan kemiskinan dan penderitaan di bawah pentadbiran Belanda telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia.
· Hasil kesusasteraan lain seperti Siti Nurbayah oleh Marah Rusli dan Studen Hidjo oleh Bakti Siregar, juga menceritakan penderitaan masyarakat Indonesia. Karya-karya kesusasteraan ini telah mewujudkan semangat kesedaran bangsa Indonesia dan mempersoalkan ketulusan pentadbiran Belanda.

Vietnam
· Phan Boi Chao yang mendapat pendidikan Confucius telah menghasilkan karya-karya yang menyedarkan masyarakat Vietnam tentang penderitaan dan penindasan serta keluar dari belenggu penjajahan Perancis. Tulisannya yang pertama A New Book About The Tears Of Blood Of The Ryukyu Island (1902-1903), menyeru semua nasionalis Vietnam bersatu untuk memerdekakan negara Vietnam.
· Pada 1905 pula, beliau menghasilkan buku Viet Nam Vong Quac Su (Sejarah Jatuhnya Vietnam), yang menyedarkan penduduk Vietnam untuk menentang penjajah. Beliau juga manghasilkan karya0karya lain yang mencetuskan kebangkitan kesedaran kebangsaan di Vietnam seperti Hai Ngaoi Huyet Thu, Tan Viet Nam, Ai Viet Dieu Dien, Viet Nam Quoc Su Khao dan Khong Hoc Dong.
· Karyanya, Khuyen Quoc Dan Tu Tro Du Hoc Van telah menunjukkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Meiji di Jepun dan menggalakkan masyarakat Vietnam berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Hasil-hasil karya beliau telah berjaya menyedarkan mesyarakat Vietnam untuk menentang Perancis.

Kesimpulan:
Bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara. Penglibatan golongan intelektual telah berjaya menghasilkan karya dan penulisan yang mampu membangkitkan kesedaran kebangsaan di negara masing-masing.

Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Negara Thailand


Pengenalan

Pada bulan Februari 1942, Jepun telah menyerang dan menawan Sumatera, kemudian Jawa jatuh pada bulan Mac 1942.
Pendudukan Jepun di Indonesia telah membawa banyak kesan politik, ekonomi dan sosial.
Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh Jepun. Walau bagaimanapun Thailand tetap mengalami kesan pendudukan Jepun.

Isi

Kesan pendudukan Jepun di Indonesia [10m]

Kesan politik
ü  Pendudukan Jepun memperkukuhkan gerakan nasionalisme Indonesia
ü  Mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan
ü  Menjatuhkan maruah Belanda dan menaikkan semangat anti penjajah
ü  Golongan intelektual berpeluang memegang jawatan dalam pentadbiran
ü  Memberi keyakinan diri untuk mentadbir negara sendiri
ü  Jepun membenarkan penubuhan parti politik – PUTERA dan PETA
ü  Menjanjikan kemerdekaan. Peranan tokoh-tokoh nasionalisme seperti Sukarno, Hatta dan Sjahriri.

Kesan ekonomi
Ø  Jepun mengeksploitasi ekonomi Indonesia. Petani jual beras kepada Jepun dengan harga rendah.
Ø  Eksport merosot, Indonesia putus hubungan perdagangan antarabangsa.
Ø  Inflasi akibat pengedaran wang kertas Jepun tidak terkawal dan kekurangan bahan makanan.

Kesan sosial
S  Berlaku kebuluran dan kemerosotan taraf hidup
S  Kesengsaraan kepada petani penduduk

Kesan pendudukan Jepun di Negara Thailand [10m]

Kesan politik
@  Kerajaan Thailand mengamalkan dasar pro-Jepun. Phibun menyokong Jepun dengan kepercayaan Jepun akan menang dalam perang Dunia Kedua.
@  Thailand dapat mengekalkan kemerdekaannya. Wilayah-wilayah yang diserahkan kepada British dan Perancis diperoleh semula oleh Thailand sebagai membalas jasa Thailand membenarkan Jepun menggunakan laluan di negaranya untuk menyerang Tanah Melayu.
@  Laos, Kemboja dan Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand.
@  Thailand mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain. Gerakan Thailand Bebas ditubuhkan oleh Seni Pramoj di Amerika Syarikat untuk menentang Jepun.
@  Pergerakan bawah tanah juga dibentuk dibawah Pridi
@  Phibun Songgram dipaksa meletakkan jawatan.


Kesan ekonomi
! Jepun mengeksploitasikan ekonomi Thailand.
! Keadaan ekonomi semakin merosot dan menyebabkan inflasi.

Kesan sosial
[  Rakyat Thailand menderita dan sengsara
[  Kemusnahan harta benda dan nyawa

Kesimpulan

P Pendudukan Jepun di Indonesia mengukuhkan gerakan kesedaran.
P Menimbulkan keazaman rakyat menentang penjajahan Belanda.
P Pendudukan Jepun di Negara Thailand mengekalkan kemerdekaannya.

TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN


Pengenalan Tamadun Islam
  • Istilah: Umran, Hadharah, Madaniyyah, Tamaddun, Civilization, kebudayaan, peradaban, kemajuan
  • Umran: kawasan, tanah didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju
  • Ibnu Khaldun: Masyarakat bertamadun masyarakat yang penduduknya mecapai tahap melebihi keperluan asas kehidupan sehingga mencapao pemikiran dan daya cipta yang tinggi, halus dan ada nilai seni
  • Prof Said Naqib al Attas: Keadaan kehidupan manusia yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur....
  • Tujuan mempelajari
Kenal pasti peranan / sumbangan sesuatu bangsa membangunkan negara
Dedah kemajuan manusia dalam pentadbiran, perubatan dan kesannya
Mencontohi dan mempertingkatkan kegemilangan tamadun bangsa

Pentadbiran

  • Menunaikan tanggungjawab dengan memberi khidmat terbaik
  • Berlandaskan al Quran dan as Sunnah
  • Meneruskan sistem pemerintahan seperti Rasulullah
  • Pelantikan khalifah melalui syura

Struktur Organisasi Pentadbiran
  • Pentadbiran pusat
Madinah sebagai pusat pemerintahan
Semua jabatan ditadbir pegawai yang dilantik khalifah
Majlis syura sebagai pusat merancang dan mentadbir negara
  • Pentadbiran wilayah
Zaman Umar, kerajaan Islam bertambah luas
Gabenor diberi tanggungjawab ketuai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan
Banyak membahagikan negeri kepada beberapa bahagian
Kehakiman
Setiausaha
Baitul Mal
Persuratan
Cukai
Juruaudit Negara
Ketenteraan
Pengurusan Tanah

Tahap Kemajuan Negara
  • Bidang tugas
Asingkan tugas kehakiman dengan tugas eksekutif
Asingkan tugas memungut cukai daripada tugas eksekutif untuk mengelakkan penyelewengan
  • Perlantikan pegawai
Temuduga → Lantikan dalam percubaan → Pengesahan jawatan → Penetapan gaji → Penyerahan dokumen perjanjian → Pelantikan → Pengisytiharan pelantikan di masjid
  • Penubuhan dewan
Diwan al Kharaj (Pungut hasil dalam negeri dengan tersusun)
Diwan al Jund (Menguruskan pentadbiran rekod dan urusan elaun tentera)

Kesan Kemajuan Pentadbiran kepada Dunia Islam Kini
  • Pelantikan ketua negara         Berasaskan syura
  • Penubuhan kementerian         Menjadi asas pembentukan jawatan
·                                                                                                         Pemilihan pegawai    Berasaskan temuduga, pelantikan dalam percubaan dan pengesahan jawatan

Ekonomi

Konsep Ekonomi Islam
  • Berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Menguruskannya fardu kifayah
  • Wajib keluarkan zakat, tidak boros dan tidak kedekut
  • Berasaskan dua prinsip, akidah (untuk keredaan Allah) dan syariah (mengikut ketetapan Allah)

Kegiatan Ekonomi
  • Penggunaan tanah pertanian
Tanah individu terbiar hendaklah diusahakan
Tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di negeri yang baru dibuka
  • Cukai
Cukai daripada pedagang luar yang melalui terusan yang menghubungkan Iskandariah dan Laut Merah
Cukai tanah pertanian menambahkan pendapatan Baitul Mal

Cara Pengurusan Ekonomi
  • Pengawasan rapi khalifah terhadap pendapatan dan perbelanjaan negara
  • Wang hasil cukai dikumpul di Dewan al Kharaj
  • Hasil pendapatan digunakan untuk pembangunan

Sumber  Ekonomi
  • Pertanian
  • Perdagangan
  • Zakat
  • Al Fai’u (harta ditinggalkan orang kafir sebelum perang)
  • Al Jizyah (cukai dikenakan kepada orang zimmi)
  • Al Kharaj (cukai kepada orang kafir yang memiliki tanah)
  • Al Asyur (cukai kepada pedagang luar negeri)

Kesan Pencapaian Ekonomi
Pertanian
  • Pengeluaran bahan makanan bertambah
  • Kawasan pertanian bertambah luas
  • Rakyat hidup makmur
  • Kadar kemiskinan berkurangan
  • Pendapatan negara meningkat
Zakat
  • Sumber pendapatan dan kewangan bertambah
  • Peruntukan untuk bantu rakyat miskin dan dhaif bertambah
  • Digunakan membina rumah kebajikan, rumah ibadat dan kepentingan umum
  • Elaun kepada pegawai kerajaan bertambah
Cukai
  • Pendapatan diwan al Kharaj bertambah
  • Digunakan untuk kepentingan umum
  • Ekonomi negara semakin stabil

Politik

Konsep Politik
  • Salah satu aspek kehidupan. Manusia tidak dapat memenuhi keperluan kecuali dengan kerjasama
  • Penting untuk mewujudkan pemerintahan untuk melaksanakan syariat

Peranan Pemimpin untuk Mewujudkan Kestabilan Negara
  • Jujur laksanakan tanggungjawab diamanahkan untuk mendapat keredaan Allah
  • Setiap tugas dilaksanakan mesti sampai ke sasarannya dan memberi kesan baik

Cara Pelantikan Pemimpin
  • Sistem syura (zaman Khulafa’ ar Rasyidin)
  • Sistem al Imamah (al Warasah). Bakal pemimpin telah ditetapkan sebelumnya

Kesan Kemajuan Politik
  • Kemajuan dan perubahan
  • Kestabilan politik dan mengekalkan keamanan
  • Mendapat sokongan rakyat
  • Rakyat hidup dalam keamanan dan pembangunan

Sistem Demokrasi
Sistem Syura
Dicipta pemikir barat berteraskan falsafah mereka
Dicipta pemikir Islam berteraskan al Quran dan as Sunnah
Berteraskan kedaulatan rakyat
Berijtihad dalam sesuatu masalah yang tiada ketetapan dalam syara’
Berdasarkan suara majoriti
Berdasarkan prinsip syara
Majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan
Pendapat ahli syura sebagai asas pemerintahan

Sosial

Konsep Sosial dalam Islam
  • Hubungan sesama manusia dalam masyarakat untuk kepentingan bersama
  • Sehinggakan hubungan mereka sangat kukuh dan sanggup bekorban apa sahaja

Persamaan Taraf
  • Peruntukan wang dari Baitul Mal untuk membeli hamba daripada pembesar Quraisy
  • Umar pernah membahagikan rampasan perang kepada bekas hamba untuk menghormati mereka
  • Umar pernah melantik seorang wanita sebagai pegawai penguatkuasa di pasar
  • Tidak ketepikan ahlu zimmah memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak melibatkan polisi negara

Pendidikan
  • Menuntut ilmu dan pelajari asas agama merupakan kewajipan
  • Masjid sebagai tempat menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan
  • Kuttab diperkenalkan untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis, menghafaz dan mengira

Memelihara Agama
  • Saidina Abu Bakar memeintahkan agar mengumpul dan menyimpan al Quran
  • Saidina Usman mengarahkan al Quran menulis dan membukukan al Quran
  • Salinan al Quran dihantar satu ke setiap bandar

Keadilan Sosial
  • Orang bukan Islam dijamin harta, jiwa dan kebebasan agama
  • Orang Islam dilarang menjadikan tempat ibadat bukan Islam sebagai kediaman
  • Orang bukan Islam tidak dipaksa menukar agama mereka

Kebajikan
  • Saidina Umar memperuntukkan sebidang tanah untuk keperluan fakir miskin dikenali Ardhu al Hima (padang ragut) sebagai kawasan ternakan
  • Pengawal ditugaskan menghalang penternak kaya menggunakannya
  • Memerintahkan pengurus Baitul Mal memberi bantuan peruntukan kepada seorang Yahudi buta dan membatalkan jizyahnya

Peranan Kepimpinan Memajukan Bidang Sosial
  • Mengambil berat masalah rakyat
  • Memantau keperluan rakyat dari semasa ke semasa
  • Tegas dalam kepimpinan

Faktor Kejayaan Kepimpinan dalam Bidang Sosial
  • Semangat pengorbanan (bekorban harta)
  • Kesederhanaan (semua perkara dalam kehidupan)
  • Keadilan (tidak mengira kaum dan agama)
  • Kecekapan (berilmu, luas pengalaman dan tegas memimpin)
  • Keprihatinan (terhadap kebajikan rakyat)

Kemajuan Sosial dan Kesannya kepada Masyarakat
  • Masyarakat aman dan harmoni
  • Kesamaan kedudukan berasaskan ukhuwah Islamiah
  • Masyarakat bukan Islam menikmati kebebasan beragama dan jawatan tertentu dalam kerajaan

Perluasan Kuasa

Kekuatan Pengaruh
  • Peribadi
  • Dakwah
  • Peperangan
  • Perjanjian
  • Ukhuwah Islamiah
  • Penyerapan budaya asing

Perluasan Wilayah
  • Faktor kejayaan
  • Kesan perluasan wilayah